CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

n.u.f.f.n.a.n.g.

Wednesday, July 27

Sinopsis Flat 3A

Tarikh:25/7/11
Lokasi:Cineleisure

Kitepunye off last minute...
Sbb tgh kboringan, kitepunye drive to cineleisure....

Mestie ramai yg kata x bestlaer tgk movie sensowang but for kitepunye is ok ajer...

So, bila sampai yg ade cuma transformers which dah tgk 2X, larry crowne show after 4pm ajer,
hanna lak kul 3pm,
senario trlepas show,

Last 2X, kitepunye tgk FLAT 3A
Hmmm.... Dgrnyer mmg seram, suspens and pasti akan trkejut...

Ya betul... Itew yg trjadie...



Sinopsis-

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

Finale, mmg sedih ...
X sangka ade kaitan antara satu sama lain...

So pada kengkawan yg blm menonton blhlaer pergie ek...
Tapie pd yg tgh atau sedang pregnant, heart attack atau sakit jantung tidak dgalakkan kerna banyak aksi suspen dan trkejut..

-nukilan dr puan umah melalui blogpress via public iphone

Location:Cineleisure

0 k.i.t.e. p.u.n.y.a. k.o.t.a.k. k.o.m.e.n.: