CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

n.u.f.f.n.a.n.g.

Monday, January 9

Kerana Nafsu Tidur, Isteri Menyesal Seumur Hidup

Kerana Nafsu Tidur, Isteri Menyesal Seumur Hidup....

Salam pagie, terima enail nie semalam dan ingin brkongsi brsama...

Renung-renungkanlaer kengkawan..
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan danketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”
Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..

-nukilan dr puan umah melalui blogpress via public iphone

Friday, January 6

Hoyu Facebook Contest

Hoyu Facebook Contest:

Received email : 6/1/12

Dear winner,

Congratulations! You have been selected as one of the winner of Hoyu Facebook New Year; New Color Contest. For prize redemption details, please refer to the terms and conditions below for better understanding.

Share your happiness with us in Facebook!

Thanks for your kind support and participation. Always stay tune with Hoyu Malaysia Facebook for more surprises and share it out!

Redemption deadline: 18th January 2012.

Hoyu Malaysia Sdn Bhd
Suite E-05-17, Block E, Plaza Mont Kiara,
No.2, Jalan Kiara, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 603-62032251/ 1251
Fax: 603- 6203 2253
(Office hour: Mon-Fri, 8.30am-5.30pm)
Hoyu Maybank Account: 5140 1139 7924

Rezeki kemenangan '12 (Jan)- 3

-nukilan dr puan umah melalui blogpress via public iphone

Thursday, January 5

Antu kak limah

Antu kak limah

Di dalam kelas darjah 1-pelajaran Seni Lukis

Cikgu: sila hantar lukisan anda
Murid: (brgerak menuju ke meja guru)
Cikgu: (sedang melihat satu persatu dbelakang kertas lukisan)
Sape punye lukisan nie xde nama... ANTU ke...????
Murid: ye kot cikgu... ANTU KAK LIMAH
Cikgu: ( trkejut jap... Nak marah budak, x jd marah .... Malu lagie adelaer sbb...
Parents darjah 1 semua tgh beratur kat luar tingkap sambil ketawa)

Iklan Gurauan sebentar..:)
Camat maghrib kengkawan emua

-nukilan dr puan umah melalui blogpress via public iphone

MWW/Dove Chocolate

MWW/Dove Chocolate

Alhamdulilah...

Tgh belek belek magazine yg setiap bulan WAJIB n AFDAL tuk beli trnampak kat


WINNERS
Nov Issue

Trselit nama kitepunye kat situe, hehehehehehe ...
mesti kiddes suka ..:)

Rezeki kmenangan '12 (Jan) - 2

-nukilan dr puan umah melalui blogpress via public iphone

Wednesday, January 4

MWW/Pure Beauty

MWW/Pure Beauty

Terima sms mgatakan yg kitepunye menang MWW/pure beauty contest
Ade lg comper yg lain menang juga like kak nurul uyun

Tdy gi collect kat citibank- company MTOUCHE
Sekejap ajer gi collect

Inilaer rupanyer...:)


Bila nak pakai???
Tggu dulu laer ye....
Abiskan yg lama dulu

Rezeki kmenangan '12- (Jan) 1

-nukilan dr puan umah melalui blogpress via public iphone

Tuesday, January 3

GA kitepunye- sila email

GA kitepunye- sila email

Assalamualaikum,

Sekian lama x dpt brblog br skrg dapat itue pun melalui hp

Pade kengkawan yg menyertai GA kitepunye tahun lepas sila emailkan butiran supaya kitepunye bolih poskan voucher kemenangan anda.

Maaf teramat sgt atas kelewatan, pastie yg mngikuti n3 sblm nie tahu apa yg trjadie..

Hadiah pmberian hbby- laptop sony vaio n iphone 8gb n 16gb hilang drembat owang yg *****.
Tuhan melihat,mdengar dr tempatnyer dan pastie ade pembalasan buat owang trsebut kalu bukan ddunia d'akhirat nantie..

Yg terlampau brsedih skrg hbby sbb laptop trsebut blm lg setahun dah jd macam nie. Tapi itue dugaan yg dberi pada kami. Mnangis air mata darah skali takkan dpt kembali laptop kamie.

Emailkan detail anda pada nielan08@gmail.com

Nama
Alamat
No HP
Blog URL

Nantie kitepunye akan update CN bila courier ek

Moga tahun nie mbawa rahmat n dmurahkan rejeki olih nyer

-nukilan dr puan umah melalui blogpress via public iphone

kisah sebentuk cincin

kisah sebentuk cincin


salam kengkawan

mungkin ade yg pernah dgr cite nie.tp kitepunye share buat peringatan tuk dirie sendirie juga

mungkin ade yg x logiknyer tp moral of e story yg penting


girlfriend:awak kite nak cincin hubungan kita

boyfriend: tuk apa? malas la, awak ptg nie kite jumpa ye kat tmpt biase

girlfriend:hurm.yelaer


boyfriend: awak. cuba tutup mata awak jap.

girlfriend:ngape?

boyfriend:saya nak bg awak hadiah

girlfriend: hadiah. ok(mata dpejam)

boyfriend:ok cuba tgk nie. saya belikan patung beruang tuk awak. comel tak?

girlfriend:awak saya x nak patung beruang. kan saya dah kata saya nak cincin(dbalingnya patung beruang ke jln raya)


boyfriend terus meluru ke jln raya mengambil n memeluk patung beruang.tapi sayang br selangkah sebuah bas meluru n badan dgilis hingga boyfriend tdk brgerak lg.

girlfriend mjerit n dlm keadaan brgegas mgambil patung beruang dtgn boyfriend.


patung beruang brkata;

"U see in my pocket"

trlihat sbentuk cincin yg cantik n patung itue brkata

"will U marry me?"

girlfriend:mengalir air mata

semua pasti tahu jawapannya bukan tapi apakan daya. semuanyer sudah trlmbt

sudah trlmbt untuk menyesal

krna boyfriend sudah pergi buat selamanyer


-terimaler seadanyer walau itu bukan apa yg kita mahukan. brsyukur plg important

-hargailah n sayang oada org yg menyayangi kite,bila dah tiada menyeal n menangis air mata darah sekali pun xde gunanyer


-nukilan dr puan umah melalui blog android via public android tab


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 1

Salam tahun baru

Salam tahun baru

Bismillahirohmanirohim

Assalamualaikum

Salam tahun baru buat semua kengkawan x kira kengkawan alam maya atau realiti
Salam tahun baru buat semua yg mengenali kitepunye

Buku lama ditutup ngan penuh kegembiraan, kesedihan, kebaikan, keburukan, kesengsaraan, kenikmatan

Buku baru dibuka ngan harapan segalanyer berjalan ngan lancar, tuhan permudahkan segalanyer, dimurahkan rejeki untuk anak anak n family, dipersihatkan tubuh badan dan dapat tempuhi dugaan ngan tabah..

Apa apa pun insyallah semuanyer ok

Jumpa lagie di n3 yg lain...

-nukilan dr puan umah melalui blogpress via public iphone