Sept 23
Hari: Khamis
Agenda: Menganyam ketupat
"Design kad raya sendiri"
Wayang Filem/Drama Raya
Majlis Berbuka Puasa
Tarikh:25/09/08
Jam; 4pm ke atas
- perang pantun sedang berlaku d'opiz aku nie sempena tuk majlis berbuka puasa yg bakal b'langsung Khamis nie .. Aku mmg bz minggu nie tuk persiapan .. Nak buat camne dah committee member katakan .. Agenda menganyam ketupat adalah acara yang d'nantikan .. Tak ramai rupanya yg tahu camne nak anyam ketupat termasuk yang sedang menaip.. Alkisah kite zaman moden,rebus nasi impit aje.. lemang aku OK lagi .. ketupat tunggu masak tahu tapi nak anyam tak tahu
- Apa pun jom hayati pantun mereka nie.. nie bukan calang orang yg lawan .. Staff bawahan ngan Top Mgr kat floor aku yang merangkumi 4 department tau
Dari Top Manager
“Izinkan saya untuk berpantun- (kalau berterabur, sorry’la).
Lagi beberapa hari kita beraya,
Mengundang semua utk join bersama.
Semoga disambut senyum ceria
Apatah lagi melihat gelagat menanyam ketupat semua
staff bawahan
Dua tiga kucing berlari,
Lepas berlari main kapal selam
Majlis tu saya nak pergi,
Saya nak tengok Charles menganyam.
top manager balas
Tiga empat insan suka ber’conference
Bergossip pasal masalah politik
Kalau nak tahu, saya mengajar di France
Pemenang Anugerah Penganyam usah dikritik
staff terus membalas
Rendang Itik Gulai Ayam
Namun teringat juga nasi Padang
Wah, kita ada Pemenang Anugerah Menganyam
Haruslah beramai-ramai kita turun padang
bendera putih d'kibar oleh top manager sbb dah tak berani nak lawan
Ops!!!! Silap aku mencabar korang ni. Power’la.
Last for the day ‘dari saya’….
Ayam Itik berlari dikejar makcik
Nak bertanding utk Pemenang Anugerah Menganyam?
Kalau tak silap hamba suka Ayam Percik
Saya ni hanya Pemenang Anugerah Makan Ayam
1 k.i.t.e. p.u.n.y.a. k.o.t.a.k. k.o.m.e.n.:
SALAM..KTY PUN TAK RETI ANYAM KETUPAT TAU MAKAN JE
Post a Comment